Ahad, 2 Ogos 2009
United beri 'nafas' baru pada Owen
MANCHESTER: Di sebalik kebanjiran nama besar ke kelab jiran tetangga, Manchester City, pembelian Michael Owen oleh Manchester United dilihat sebagai perpindahan paling mengejutkan musim ini.
Pada usia 29 dan dengan empat musim mengecewakan sebelumnya, masa depan tampak gelap apabila Owen menjadi pemain bebas Jun lalu selepas kejatuhan Newcastle ke Liga Kejuaraan.
Bekas bintang Liverpool itu diketepikan kerana mudah dilanda kecederaan dan turut kehilangan kepantasan serta naluri jaringan yang pernah mengangkat namanya ke kemuncak kariernya.
Dengan tidak membabitkan sebarang yuran perpindahan, Sir Alex Ferguson berasa langkah mengambil Owen yang kini bebas daripada risiko adalah tindakan bijak dan memberikan bekas bintang di Anfield itu jersi bernombor tujuh.
"Kecederaannya sentiasa menjadi tajuk utama dan itu mungkin sebabnya semua orang di Eropah tidak mahu mendapatkan khidmatnya," kata Ferguson. "Kami tidak fikir kami mengambil risiko, memandangkan rekodnya sebagai penjaring gol."
Tetapi keputusan Ferguson untuk tidak menyamai tawaran Real Madrid sebanyak 35 juta pound (RM206.5 juta) untuk penyerang Lyon, Karim Benzema bermakna pengurus United itu memerlukan seorang lagi penyerang selepas pemergian Carlos Tevez. - AFP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan