Ahad, 2 Ogos 2009

Owen mampu cipta sejarah

LONDON - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs meramalkan rakan sepa- sukannya, Michael Owen mampu mencatat sejarah selaku penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak England.

Owen ketika ini ketinggalan sembilan gol di belakang legenda Manchester United, Bobby Charlton, namun dia mula diketepikan oleh jurulatih skuad England, Fabio Capello sejak 17 bulan lalu.



Begitupun, Giggs yakin perpindahan Owen ke Old Trafford akan mencerahkan semula peluangnya untuk bersama skuad England, sekali gus membuka ruang kepadanya mengatasi rekod yang dicipta Charlton sejak sekian lama.

"Beraksi di sini (United) telah memberinya satu peluang baru dalam hidup terutama apabila pasukan ini banyak mencipta peluang jaringan. Dia akan bertambah yakin untuk meledakkan gol.

"Saya jamin jika dia dapat menjaringkan gol buat United, maka semuanya akan berjalan dengan baik buat dirinya. Rekod Bobby telah membuktikan yang ia bukan mudah untuk diatasi oleh seseorang pemain.

"Begitupun, melihat kepada nisbah jaringan dan perlawanan Michael buat England, jika dia bermain dalam 15 lagi perlawanan, dia mungkin boleh mengatasinya."

Owen, 29, telah mengumpul 40 gol dalam 89 penampilan antarabangsa, namun kali terakhir dia menjaringkan gol pada peringkat antarabangsa ialah pada 12 September 2007 ketika membantu England menewaskan Rusia, 3-0.

Untuk rekod, dia kini berada di belakang Jimmy Greaves yang mengumpul sejumlah 44 gol, Gary Lineker (48) dan Charlton (49).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan