Jumaat, 7 Ogos 2009

Aksi United tanpa Ronaldo, Tevez

Sports - October 25, 2007
LONDON - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan merasai pengalaman sebenar pertama tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez pada pertemuan Piala Perisai Komuniti menentang Chelsea, esok.

Selepas menghabiskan bulan lalu dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim di seluruh dunia yang dilihat lebih kepada sesi latihan, Ferguson kini seharusnya bersedia untuk perkara lebih serius di Wembley.

Ketika mana Ferguson atau pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti akan membuat penilaian yang lebih banyak mengenai keputusan terdahulu, satu yang selamat untuk diperkatakan tentang pengurus Scotland itu adalah mengenai perancangan perjanjian pembelian pemain baru yang mampu menampung kehilangan dua pemain ternama United tersebut.

Ronaldo dan Tevez dilihat telah memberi kesan yang sangat besar kepada kelab terkemuka England itu sejak dua musim lalu.

Jaringan sebanyak 67 gol oleh Ronaldo dalam tempoh tersebut telah memainkan peranan besar kepada kejayaan United merangkul Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Manakala keupayaan tidak ternilai yang dimiliki oleh Tevez untuk menghasilkan jaringan penting selepas dimasukkan sebagai pemain gantian menambahkan lagi kehebatan United.

Rekod perpindahan dunia yang dilakukan oleh Ronaldo ke Real Madrid seakan kurang memberi kesan kepada United, tetapi perpindahan Tevez ke Manchester City bakal meninggalkan sedikit kesan di Old Trafford.

Kini, Ferguson boleh menguji pengganti kepada dua pemain tersebut dalam satu kejohanan lebih kompetitif, sebelum kempen persaingan domestik bermula 15 Ogos ini.

Keputusan pengurus United itu menyelamatkan Michael Owen daripada kemusnahan kerjaya telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

Bekas penyerang Liverpool itu mengalami kemerosotan prestasi dan kecergasan ketika mewakili Newcastle.

Ia satu perkara yang sukar dibayangkan untuk Owen kembali mencapai hari gemilang seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Penampilan Owen dilihat tidak menjadi ketika United menentang Valencia pada pertengahan minggu lalu.

Namun begitu, Ferguson masih yakin bahawa dia akan menambah dimensi berbeza kepada penyerang barunya itu.

Pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia yang menjadi sasaran Ferguson sejak beberapa tahun lalu harus memperbaiki rekod pencapaian jaringan jika ingin mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Ronaldo.

Secara jujurnya, Ferguson pasti tahu apakah yang terbaik untuk membeli pemain gantian bagi menggantikan bakat unik seperti Ronaldo dan Tevez.

Selain itu, dia masih mampu untuk menggabungkan taktik dimiliki untuk menghasilkan yang terbaik daripada Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Anderson dan Nani. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan