Ahad, 2 Ogos 2009

Keputusan Audi Cup 2009


Johan : Bayern Munich
N/Johan : Manchester United
ke 3 : Boca Junior
ke 4 : AC Milan


PEMAIN Bayern meraikan kejayaan menjulang Piala Audi selepas menewaskan Manchester United di Munich

BERLIN: Manchester United mensia-siakan beberapa peluang terbaik sebelum tewas kepada Bayern Munich 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Audi, kelmarin.

Bayern, bermain di depan 70,000 penonton di stadium sendiri, Allianz Arena, memberikan trofi pertama buat jurulatih baru, Louis Van Gaal seminggu menjelang permulaan musim baru Bundesliga.

Sebaliknya, juara Liga Perdana Inggeris bimbingan Sir Alex Ferguson itu pasti berasa kecewa gagal menyempurnakan beberapa peluang apabila Dimitar Berbatov menggegar palang manakala Michael Owen dan Wayne Rooney juga hampir menjaringkan gol.

Bayern mendapat peluang pertama menerusi Mario Gomez yang menyaksikan rembatan dari jarak 12 meter menggegar palang ketika penjaga gol Edwin van der Sar sudah pun tertewas.

Tiga minit sebelum rehat, Berbatov memperdayakan pertahanan Bayern tetapi melihat rembatannya melantun semula selepas terkena palang sambil penjaga gol, Michael Rensing bergelut untuk mengawal keadaan.

"Kami bermain bola sepak yang cantik pada babak pertama," kata Van Gaal. "Kami sepatutnya menjaringkan gol tetapi Manchester United juga seharusnya menemui sasaran dalam babak kedua. Ia begitu sengit dari awal dan saya gembira kami memenanginya."

Dalam penentuan tempat ketiga, kelab Argentina, Boca Juniors mengalahkan AC Milan 4-3 menerusi penalti selepas seri 1-1. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan