Rabu, 21 Oktober 2009

MU tak gusar padang tiruan


MOSCOW: Manchester United tidak bimbang bermain di padang tiruan ketika pasukan itu berdepan CSKA Moscow, dalam perlawanan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Luzhniki, gelanggang sama pengurus United, Alex Ferguson menjulang trofi kedua Liga Juara-Juara, 18 bulan lalu, apabila Red Devils menewaskan Chelsea menerusi penalti. Perlawanan itu diadakan di padang yang ditampal rumput sebenar, tetapi kali ini stadium itu akan menggunakan permukaan plastik.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan padang di Moscow,” kata Ferguson. “Bila Luton dan QPR menggunakannya beberapa tahun lalu, kami bermain dengan baik.

“Kami mempunyai rekod yang hebat di padang tiruan dan itu ketika padang terbabit tidak sebaik ketika ini. Padang di Moscow jauh lebih baik.”

Pasukan Ferguson yang meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan kumpulan, akan kehilangan beberapa pemain utama pada perlawanan itu.

Penyerang, Wayne Rooney mengalami kecederaan otot betis ketika England tewas kepada Ukraine 1-0, minggu lalu, manakala pemain tengah, Ryan Giggs dan pemain bek kiri, Patrice Evra mengalami kecederaan ketika menentang Bolton, Sabtu lalu.

Park Ji-sung dan Darren Fletcher yang turut tercedera diketepikan ketika perlawanan liga menentang Liverpool semakin menghampiri Ahad ini.

Kebimbangan terhadap status Nemanja Vidic dan penyerang Dimitar Berbatov turut timbul ketika mereka dijangka berdepan bekas pengurus mereka di Tottenham, Juande Ramos yang kini mengendali CSKA. - AFP

United tetap yakin menang walaupun tempang


MOSCOW – Manchester United kembali ke arena ketika memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2008 ke atas Chelsea dengan sasaran kemenangan ke atas CSKA Moscow yang akan membawa mereka selangkah ke peringkat kalah mati pertandingan musim ini.

Di sebalik persembahan tidak menentu dalam Liga Perdana England musim ini, United dilihat menyakinkan setakat ini di peringkat Eropah, merekodkan kemenangan ke atas Besiktas di Turki dan juara Jerman, Wolfsburg di Old Trafford.

Tambahan tiga mata lagi pada aksi di Stadium Luzhniki, di mana John Terry tergelincir dan gagal menyempurnakan sepakan penentuan penalti yang memberikan kejuaraan Eropah ketiga kelab itu meletakkan pasukan Alex Ferguson semakin kuat untuk mengawal Kumpulan B.

Namun, sejarah membuktikan ia bukan laluan mudah buat United.

Mereka tidak pernah menang di Rusia manakala CSKA yang kini dikendalikan oleh bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid Juande Ramos, menang enam perlawanan kejohanan Eropah di laman sendiri.

CSKA jauh daripada aksi tahap sebenar ketika seri 1-1 dengan kelab kerdil Nalchik dalam liga Rusia hujung minggu lalu dan kehilangan Marc Gonzalez, yang cedera pergelangan kaki ketika perlawanan antarabangsa dengan Chile minggu lalu.

Memburukkan keadaan, penyerang dari Brazil Guilherme belum pasti dapat beraksi.

United juga mengalami masalah kecederaan pemain dengan Wayne Rooney, masih bergelut dengan masalah pangkal paha.

Ryan Giggs yang cemerlang musim ini, tidak ikut serta ke Rusia bagi memastikan dia mendapat rehat secukupnya untuk pertembungan dengan Liverpool di Anfield, Ahad ini.

Pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-Sung, ketua pasukan Scotland Darren Fletcher dan pertahanan kiri Perancis, Patrice Evra juga tidak beraksi kerana cedera.

Namun, Ferguson masih ada Nemanja Vidic, salah seorang pemain bintang ketika mewakili pasukan musuh ketat CSKA, Spartak Moscow, yang pulih dari kecederaan dan mungkin memilih untuk berganding dengan pertahanan tengah Serbia dan Jonny Evans, yang menggantikan Rio Ferdinand.

Minggu lalu, pengurus United itu mengakui kelemahan prestasi Ferdinand ketika ini menyebabkan dia bimbang, ketika dia tidak putus-putus memuji bakat pemain Ireland Utara Evan yang semakin memuncak, yang akhirnya merasakan dia berhak untuk mendapat tempat dalam barisan utama United.

“Musim lalu agak perlahan bagi saya. Ia musim pertama sebenar bagi saya dalam pasukan ini.

‘‘Saya terhad di bahagian pertahanan sahaja. Saya bermain dengan berhati-hati dan memastikan bukan salah saya di atas mana-mana gol yang dibolosi. Saya hanya menumpukan bahagian pertahanan sahaja.

“Tahun ini, saya perlu mencuba dan mendapatkan bola untuk menunjukkan siapa saya yang sebenarnya.

“Saya tidak katakan bahawa saya akan cuba untuk memegang bola di depan pemain lawan, saya hanya perlu lebih bergerak di padang dan lebih mengawal permainan,’’ kata Evans.

Di sebalik prestasinya ketika ini, Evans tetap menjangkakan dia akan menghabiskan lebih banyak masa di bangku simpanan musim ini dan dia tidak mahu terlalu mengharapkan pujian yang diterima dari Ferguson.

“Kadang kala pengurus mahu memberi sedikit semangat kepada pemain.

“Ada ketikanya dia mengetepikan saya musim ini dan dia memperkatakan perkara yang baik ketika dia mengetepikan anda.

“Adalah bagus dia berkata perkara yang baik dan jika dia berfikir begitu, ini menunjukkan saya telah melakukan perkara yang betul.

‘‘Ia bagus kerana Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic pemain yang hebat,’’ kata Evans. – AFP

United buru tiket kalah mati


MOSCOW - Manchester United akan kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 awal pagi esok.

Kali ini, sasaran United ialah untuk menundukkan CSKA Moscow, sekali gus bakal mengesahkan tempat mereka ke saingan kalah mati.

Biarpun United mempamerkan aksi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana England musim ini tetapi mereka telah pun mencatat kemenangan ke atas Besiktas di Turki dan Wolfsburg di Old Trafford pada saingan Liga Juara-Juara.

Seandainya berjaya mengutip tiga lagi mata penuh di Stadium Luzhniki awal pagi esok, ia bakal meletakkan skuad Alex Ferguson itu selesa menguasai Kumpulan B.

Namun, sejarah menunjukkan bahawa ia bukan tugas mudah buat United kerana mereka tidak pernah menang di Rusia mana- kala CSKA pula yang kini dibimbing Juande Ramos telah menang kesemua enam perlawanan Eropah di tempat sendiri.

CSKA bagaimanapun sekadar seri 1-1 dengan Nalchik pada aksi Liga Rusia hujung minggu lalu dan bakal turun tanpa Marc Gonzalez dan penyerang Brazil, Guilherme yang cedera.

United turut dilanda masalah kecederaan dengan Wayne Rooney dan Ryan Giggs tidak dibawa ke Moscow untuk memastikan mereka cergas apabila United bertemu Liverpool di Anfield pada aksi liga Ahad ini.

Turut tidak ke Moscow ialah pemain sayap United, Park Ji- sung, Darren Fletcher dan Pat- rice Evra yang juga mengalami kecederaan.

Nemanja Vidic yang kembali pulih daripada kecederaan dijangka bakal bergandingan dengan Jonny Evans di barisan pertahanan United memandangkan Rio Ferdinand kini pada prestasi tidak menentu.

"Musim lalu adalah musim yang memuaskan tetapi saya bermain secara lebih selamat dan cuba memastikan tidak melakukan kesilapan.

"Jadi, musim ini saya perlu cuba untuk mendapatkan bola dan mempamerkan aksi sebenar saya.

"Bukan bermakna saya mahu memegang bola lebih lama tetapi saya cuba untuk beraksi lebih yakin dan menguasai posisi ini," kata Evans. - AFP

MU harap Vidic, Evans jadi penyelamat


MOSCOW: Manchester United kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka muncul sebagai pemenang dalam aksi final Liga Juara-Juara 2008 ke atas Chelsea dan kali ini mencari kemenangan ke atas CSKA Moscow, sekali gus memastikan laluannya ke peringkat kalah mati.

Di sebalik persembahan tidak menentu dalam Liga Perdana musim ini, juara Inggeris itu tampak selesa dalam pentas Eropah setakat ini, merekodkan kemenangan ke atas Besiktas, di Turki, dan juara Jerman, Wolfsburg di Old Trafford.

Tiga mata di Stadium Luzhniki akan meletakkan skuad Sir Alex Ferguson dalam penguasaan penuh Kumpulan B.

Sejarah, bagaimanapun, mencadangkan ia bukannya pertarungan mudah.

United tidak pernah menang di Russia manakala CSKA, kini diuruskan bekas jurulatih Sevilla, Tottenham dan Real Madrid, Juande Ramos, sudah memenangi empat perlawanan Eropah terakhirnya di tempat sendiri.

CSKA tidak begitu cemerlang ketika seri 1-1 menentang kelab kerdil Nalchik dalam Liga Russia minggu lalu dan akan kehilangan Marc Gonzalez, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang serius ketika beraksi untuk Chile minggu lalu, manakala kedudukan penyerang Brazil, Guilherme juga dalam keraguan.

Ketiadaan pemain United lebih besar dengan Wayne Rooney, masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan betis, dan Ryan Giggs, yang begitu cemerlang musim ini, kedua-duanya ditinggalkan dalam usaha memastikan mereka mendapat rehat secukupnya bagi pertarungan Liga Perdana, menentang Liverpool di Anfield, Ahad ini.

Pemain tengah Korea Selatan, Park Ji-sung, kapten Scotland, Darren Fletcher dan bek kiri Perancis, Patrice Evra juga tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Tetapi Ferguson mendapat semula Nemanja Vidic , bekas pemain musuh ketat CSKA, Spartak Moscow, kembali daripada kecederaan dan mungkin menggabungkan bek tengah Serbia itu bersama Jonny Evans yang menggantikan Rio Ferdinand. - AFP

Sabtu, 17 Oktober 2009

M.U Rampas Takhta


LONDON – Manchester United kembali menguasai Liga Perdana England selepas kemenangan 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam.
Keputusan itu telah memusnahkan impian Chelsea untuk terus bermegah sebagai pendahulu selepas mereka tewas 1-2 kepada Aston Villa.

Di awal permainan, Chelsea dilihat begitu yakin untuk meraih tiga mata apabila mengejutkan lawan seawal minit ke-15 menerusi Didier Drogba tetapi hasrat mereka itu berkecai apabila Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menghasilkan dua gol menerusi Richard Dunne (minit ke-32) dan James Collins pada minit ke-52.

Bagi United, kejayaan memintas Chelsea bertindak sebagai peringatan kepada pencabar mereka agar melupakan hasrat untuk menjuarai Liga Perdana England.

“Kami beraksi sebagai juara dan momentum cemerlang ini tiada siapa mampu menggugat,” kata Pengurus United, Alex Ferguson.

Pada aksi di Old Trafford itu, United mendahului seawal minit kelima menerusi gol sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight sebelum Antonio Valencia menjadikan 2-0 pada minit ke-33. Begitupun penyerang Bolton, Matthew Taylor berjaya meloloskan diri pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan ia kekal sehingga tamat permainan.

Liverpool pula tewas 0-1 kepada Sunderland sementara Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Birmingham di Emirates.

Perlawanan lain menyaksikan Everton seri 1-1 dengan Wolverhampton, Portsmouth tewas 1-2 kepada Tottenham di tempat sendiri sementara Stoke City menang 2-1 ke atas West Ham. – Agensi

Gambar : 17 Oktober M.U vs Bolton ( 2-1 )





EPL 09/10 Manchester United 2 - 1 Bolton Wanderers (17 OKT 09 )

MU sudah lupa 'tragedi' Sunderland


Rooney pulih, Fergie lega

MANCHESTER: Manchester United kembali dengan aksi menentang Bolton hari ini disulami tekad untuk memadamkan memori penampilan terakhir mereka di Old Trafford.

United memerlukan gol penyamaan minit akhir untuk seri 2-2 dengan Sunderland sebelum rehat bagi perlawanan antarabangsa dan pengurus, Sir Alex Ferguson terbabit dalam perbalahan dengan pihak berkuasa akibat daripada komennya mengenai kecergasan pengadil Alan Wiley, mengenai perlawanan itu.

Keputusan seri itu membolehkan Chelsea menjarakkan kepada dua mata daripada juara bertahan itu dalam kedudukan teratas liga, walaupun kemunculan Manchester City dan Tottenham sebagai pencabar empat pasukan utama menyaksikan ramai pemerhati mendakwa banyak pasukan terkemuka akan tercicir mata.

Namun kelab London itu begitu cemerlang musim ini dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan.

United sudah pulih daripada kekalahan mengejut 1-0 di Burnley, Ogos lalu, tetapi persembahan cemerlang daripada juara bertahan itu boleh dibilang dengan jari di sebalik perlawanan dengan Sunderland, salah satu daripada dua perlawanan di mana mereka kekurangan mata.

Berikutan pemergian Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez pada musim panas lalu, Ferguson terpaksa melakukan rombakan kecil kepada skuadnya, dengan Antonio Valencia, Michael Owen dan Gabriel Obertan adalah pemain tambahan.

Wayne Rooney dalam prestasi cemerlang dan Ferguson pastinya berasa lega penyerang utamanya itu semakin hampir untuk pulih daripada kecederaan betis yang memaksanya terlepas perlawanan England menentang Belarus di Wembley, kelmarin.

Keraguan masih ada, bagaimanapun mengenai sama ada Dimitar Berbatov dan Owen, yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha akan dapat menjadi pengganti yang boleh diharapkan seandainya Rooney tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan ataupun tidak berada dalam prestasi terbaiknya. � AFP

United ada misi peribadi


BERBATOV
__________________________________________________
MANCHESTER – Manchester United bertekad menebus memori hitam yang dialami di Old Trafford dua minggu lalu apabila turun menentang Bolton dalam aksi Liga Perdana England hari ini.

Juara bertahan itu memerlukan gol pada minit-minit akhir perlawanan di Old Trafford untuk mengikat Sunderland 2-2. Keputusan itu menyaksikan United tergelincir ke tangga kedua liga, di belakang Chelsea.

Namun, insiden paling diingati pada perlawanan itu adalah kritikan terbuka yang disuarakan pengurus United, Alex Ferguson kepada pengadil perlawanan, Alan Wiley.

Kini, anak-anak buah Ferguson bertekad tampil dengan semangat baru apabila kembali beraksi di Old Trafford, iaitu beberapa hari selepas berlangsungnya kempen kelayakan Piala Dunia.

Penggempur utama kelab itu, Wayne Rooney mungkin tidak dapat diturunkan pada aksi hari ini, namun Ferguson masih mempunyai pilihan untuk menyenaraikan Dimitar Berbatov dan Michael Owen.

“Dimitar telah buktikan kemampuannya sebagai penjaring apabila meledak hatrik bersama pasukan Bulgaria awal minggu ini,” jelas Fergie. – Agensi

Giggs legenda terulung United


Bekas pemain Manchester United, Dwight Yorke menyifatkan Ryan Giggs sebagai legenda terulung.

Yorke mencipta nama dalam sejarah United apabila menjadi penjaring terbanyak ketika mencatat kemenangan ‘treble’ pada kempen 1999.

Dia turut membantu pasukan kendalian Sir Alex Ferguson melengkapkan hatrik pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus melebarkan dominasi Red Devils ke atas seteru utama mereka pada ketika itu.

Berlainan pula dengan Giggs, walaupun sudah mewakili United selama 18 tahun dan melakukan 814 penampilan, pemain kelahiran Wales itu masih dahagakan kemenangan.

Yorke menganggap dia bernasib baik kerana beraksi di samping pemain berbakat pada eranya namun dia merasakan pencapaian Giggs menjadikannya istimewa berbanding pemain lain.

“Terlalu ramai legenda di luar sana tetapi Giggs adalah legenda terulung. Dia menjadi contoh kepada pemain lain. Tiga kejuaraan liga berturut-turut, ia pencapaian menakjubkan.

“Dia antara pemain terbaik sepanjang zaman. Dia memiliki impian untuk meraih pelbagai kejuaraan berbanding legenda lain.

“Setiap pemain berbeza. Anda tidak serupa. Giggs adalah individu istimewa. Dia mahu dianggap sebagai legenda sepanjang zaman, sama seperti Sir Alex Ferguson,” kata Yorke.