Rabu, 21 Oktober 2009

United buru tiket kalah mati


MOSCOW - Manchester United akan kembali ke gelanggang yang menyaksikan mereka menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara 2008 awal pagi esok.

Kali ini, sasaran United ialah untuk menundukkan CSKA Moscow, sekali gus bakal mengesahkan tempat mereka ke saingan kalah mati.

Biarpun United mempamerkan aksi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana England musim ini tetapi mereka telah pun mencatat kemenangan ke atas Besiktas di Turki dan Wolfsburg di Old Trafford pada saingan Liga Juara-Juara.

Seandainya berjaya mengutip tiga lagi mata penuh di Stadium Luzhniki awal pagi esok, ia bakal meletakkan skuad Alex Ferguson itu selesa menguasai Kumpulan B.

Namun, sejarah menunjukkan bahawa ia bukan tugas mudah buat United kerana mereka tidak pernah menang di Rusia mana- kala CSKA pula yang kini dibimbing Juande Ramos telah menang kesemua enam perlawanan Eropah di tempat sendiri.

CSKA bagaimanapun sekadar seri 1-1 dengan Nalchik pada aksi Liga Rusia hujung minggu lalu dan bakal turun tanpa Marc Gonzalez dan penyerang Brazil, Guilherme yang cedera.

United turut dilanda masalah kecederaan dengan Wayne Rooney dan Ryan Giggs tidak dibawa ke Moscow untuk memastikan mereka cergas apabila United bertemu Liverpool di Anfield pada aksi liga Ahad ini.

Turut tidak ke Moscow ialah pemain sayap United, Park Ji- sung, Darren Fletcher dan Pat- rice Evra yang juga mengalami kecederaan.

Nemanja Vidic yang kembali pulih daripada kecederaan dijangka bakal bergandingan dengan Jonny Evans di barisan pertahanan United memandangkan Rio Ferdinand kini pada prestasi tidak menentu.

"Musim lalu adalah musim yang memuaskan tetapi saya bermain secara lebih selamat dan cuba memastikan tidak melakukan kesilapan.

"Jadi, musim ini saya perlu cuba untuk mendapatkan bola dan mempamerkan aksi sebenar saya.

"Bukan bermakna saya mahu memegang bola lebih lama tetapi saya cuba untuk beraksi lebih yakin dan menguasai posisi ini," kata Evans. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan