Rabu, 7 Oktober 2009
Foster 'bunuh' kerjaya sendiri
LONDON: Sebelum ini dia dianggap penjaga gol masa depan skuad England tetapi kini nama Ben Foster kian pudar dan pengkritik beranggapan dia tidak mungkin akan menjadi pilihan Fabio Capello sebagai tonggak pasukan untuk mengibar cabaran England dalam Piala Dunia 2010.
Selepas jelajah dua minggu ke Asia, Julai lalu sebagai persiapan pra-musim dia jelas tampak seakan-akan sudah bersedia tetapi apabila melangkah ke Liga Perdana Inggeris dia mula kelihatan tidak pasti, gementar dan belum cukup bersedia.
Saat terburuk baginya hadir di Kuala Lumpur, Malaysia, apabila Foster membenarkan hantaran ke belakang untuk bergolek di atas kakinya yang membawa kepada gol dijaringkan oleh penyerang tuan rumah, Amri Yahyah.
Pemain popular di Old Trafford itu dikatakan tidak bersikap ego dan tekad tinggi untuk bekerja keras tetapi kegagalan Foster merebut peluang diberi akibat kecederaan pra-musim kepada Edwin van der Sar kelihatan begitu perit dan sukar difahami.
Dengan Van der Sar semakin cergas dan perlawanan berikut United bakal menyusul dua minggu daripada sekarang ia sekadar memberi gambaran kelibat Foster mungkin tidak akan kelihatan lagi.
Bekas penjaga gol United, Peter Schmeichel berkata: “Ben tampak pasti akan menjadi penjaga gol handalan dan dia mendapat beberapa pendedahan perlawanan. Tetapi saya pasti Edwin van der Sar akan kembali apabila cergas semula kerana pengurus tahu dia pilihan tepat bagi posisi penjaga gol.” - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan