Sabtu, 17 Oktober 2009

Giggs legenda terulung United


Bekas pemain Manchester United, Dwight Yorke menyifatkan Ryan Giggs sebagai legenda terulung.

Yorke mencipta nama dalam sejarah United apabila menjadi penjaring terbanyak ketika mencatat kemenangan ‘treble’ pada kempen 1999.

Dia turut membantu pasukan kendalian Sir Alex Ferguson melengkapkan hatrik pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus melebarkan dominasi Red Devils ke atas seteru utama mereka pada ketika itu.

Berlainan pula dengan Giggs, walaupun sudah mewakili United selama 18 tahun dan melakukan 814 penampilan, pemain kelahiran Wales itu masih dahagakan kemenangan.

Yorke menganggap dia bernasib baik kerana beraksi di samping pemain berbakat pada eranya namun dia merasakan pencapaian Giggs menjadikannya istimewa berbanding pemain lain.

“Terlalu ramai legenda di luar sana tetapi Giggs adalah legenda terulung. Dia menjadi contoh kepada pemain lain. Tiga kejuaraan liga berturut-turut, ia pencapaian menakjubkan.

“Dia antara pemain terbaik sepanjang zaman. Dia memiliki impian untuk meraih pelbagai kejuaraan berbanding legenda lain.

“Setiap pemain berbeza. Anda tidak serupa. Giggs adalah individu istimewa. Dia mahu dianggap sebagai legenda sepanjang zaman, sama seperti Sir Alex Ferguson,” kata Yorke.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan