Sabtu, 17 Oktober 2009

United ada misi peribadi


BERBATOV
__________________________________________________
MANCHESTER – Manchester United bertekad menebus memori hitam yang dialami di Old Trafford dua minggu lalu apabila turun menentang Bolton dalam aksi Liga Perdana England hari ini.

Juara bertahan itu memerlukan gol pada minit-minit akhir perlawanan di Old Trafford untuk mengikat Sunderland 2-2. Keputusan itu menyaksikan United tergelincir ke tangga kedua liga, di belakang Chelsea.

Namun, insiden paling diingati pada perlawanan itu adalah kritikan terbuka yang disuarakan pengurus United, Alex Ferguson kepada pengadil perlawanan, Alan Wiley.

Kini, anak-anak buah Ferguson bertekad tampil dengan semangat baru apabila kembali beraksi di Old Trafford, iaitu beberapa hari selepas berlangsungnya kempen kelayakan Piala Dunia.

Penggempur utama kelab itu, Wayne Rooney mungkin tidak dapat diturunkan pada aksi hari ini, namun Ferguson masih mempunyai pilihan untuk menyenaraikan Dimitar Berbatov dan Michael Owen.

“Dimitar telah buktikan kemampuannya sebagai penjaring apabila meledak hatrik bersama pasukan Bulgaria awal minggu ini,” jelas Fergie. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan