Jumaat, 2 Oktober 2009
Giggs rai gol ke-150 buat United
GIGGS melakukan sepakan percuma yang menghasilkan gol buat United dalam saingan Liga Juara-Juara Kumpulan B di Old Trafford, kelmarin. United menewaskan VfL Wolfsburg 2-1.
_______________________________________________
MU dahului Kumpulan B selepas atasi Wolfburg 2-1
MANCHESTER: Ryan Giggs menyumbat gol ke-150 dalam kerjayanya untuk Manchester United dan mencipta satu lagi buat jaringan Michael Carrick ketika membantu juara Inggeris itu menewaskan Wolfsburg 2-1, awal pagi semalam � sekali gus melonjak ke tangga teratas Kumpulan B, Liga Juara-juara Eropah.
Apapun, hari bertukar muram buat Michael Owen yang tercedera selepas hanya 20 minit beraksi � perkembangan yang harus menyentap peluangnya dipanggil Fabio Capello ke skuad England selepas pengendali itu melihat sendiri penyerang berkenaan berjalan keluar terhencut-hencut di Old Trafford.
Dalam perlawanan tumpuan lain, juara sembilan kali, Real Madrid mula memperagakan kualiti dengan pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo menyumbat dua gol ketika gergasi Sepanyol itu menewaskan Olympique Marseille 3-0 manakala Chelsea berhempas pulas mengatasi kelab Cyprus, APOEL Nicosia 1-0 di gelanggang lawan.
United menerima kejutan apabila Edin Dzeko meletakkan juara Jerman itu di depan minit ke-56, tetapi Giggs, 35, membalas tiga minit hasil sepakan percuma sebelum dia menjana gol kedua apabila melorongkan bola ke arah Carrick bagi jaringan kemenangan minit ke-78.
"Apa yang luar biasa mengenai Ryan ialah tenaga muda dalam permainannya," kata pengurus United, Alex Ferguson
"Ia seolah-olah seperti dia baru memulakan kerjayanya. Dia meneruskan lagak seperti orang muda yang seronok bermain bola sepak dan ia sungguh menceriakan kami."
Di sebalik menjadi pemain bola sepak Inggeris yang kerap menerima penghormatan, Giggs berterusan melakar mercu tanda baru.
"Untuk bersikap adil, ia sepakan percuma yang buruk tetapi kami mendapat sedikit tuah," kata pemain tengah Wales itu. "Gol itu tidak melambangkan apa-apa. Sudah tentu saya berbangga melakukannya tetapi ia lebih penting bahawa kami kembali dalam saingan secepat mungkin selepas mereka menjaringkan gol."
Selepas memenangi dua perlawanan pertama, Red Devils menikmati kelebihan tiga mata ke atas Wolfsburg dan CSKA Moscow, yang menewaskan Besiktas 2-1 dalam satu lagi perlawanan kumpulan.
"Ia persembahan bagus," kata Ferguson. "Apa yang membanggakan mereka tidak berputus asa. Tidak kira apa jaringannya, mereka terus bermain dan mendapat ganjarannya. Tahap persembahan kami menakjubkan." � AP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan