Ahad, 11 Oktober 2009
United terus intai Villa
LONDON: Manchester United kembali menghidupkan hasrat untuk membeli penyerang Valencia bernilai £35 juta (RM203 juta), David Villa - hanya empat bulan selepas gagal memikatnya sebelum ini.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson kali ini tampak begitu serius untuk membawa penyerang berkenaan ke Old Trafford dan sudah pun memulakan usaha untuk memastikan Villa tidak berubah pendirian.
Kelab itu sebelumnya sudah yakin mampu mengikat bintang Sepanyol pada Euro 2008 itu apabila menyamai harga diminta Valencia, tetapi Villa sebaliknya berlengah ketika mengharapkan bakal menyertai sama ada Real Madrid atau pun Barcelona.
Namun, kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu sebaliknya membuat pelaburan untuk penyerang lain, sekali gus membuat United lebih yakin dia akan bersetuju kali ini.
Mereka sudah pun menghubungi Valencia menerusi khidmat orang tengah dan mahu mengikat perjanjian sebelum Piala Dunia untuk mengelak daripada berdepan saingan sengit kelab lain. - Agensi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan