Sabtu, 17 Oktober 2009

MU sudah lupa 'tragedi' Sunderland


Rooney pulih, Fergie lega

MANCHESTER: Manchester United kembali dengan aksi menentang Bolton hari ini disulami tekad untuk memadamkan memori penampilan terakhir mereka di Old Trafford.

United memerlukan gol penyamaan minit akhir untuk seri 2-2 dengan Sunderland sebelum rehat bagi perlawanan antarabangsa dan pengurus, Sir Alex Ferguson terbabit dalam perbalahan dengan pihak berkuasa akibat daripada komennya mengenai kecergasan pengadil Alan Wiley, mengenai perlawanan itu.

Keputusan seri itu membolehkan Chelsea menjarakkan kepada dua mata daripada juara bertahan itu dalam kedudukan teratas liga, walaupun kemunculan Manchester City dan Tottenham sebagai pencabar empat pasukan utama menyaksikan ramai pemerhati mendakwa banyak pasukan terkemuka akan tercicir mata.

Namun kelab London itu begitu cemerlang musim ini dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan.

United sudah pulih daripada kekalahan mengejut 1-0 di Burnley, Ogos lalu, tetapi persembahan cemerlang daripada juara bertahan itu boleh dibilang dengan jari di sebalik perlawanan dengan Sunderland, salah satu daripada dua perlawanan di mana mereka kekurangan mata.

Berikutan pemergian Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez pada musim panas lalu, Ferguson terpaksa melakukan rombakan kecil kepada skuadnya, dengan Antonio Valencia, Michael Owen dan Gabriel Obertan adalah pemain tambahan.

Wayne Rooney dalam prestasi cemerlang dan Ferguson pastinya berasa lega penyerang utamanya itu semakin hampir untuk pulih daripada kecederaan betis yang memaksanya terlepas perlawanan England menentang Belarus di Wembley, kelmarin.

Keraguan masih ada, bagaimanapun mengenai sama ada Dimitar Berbatov dan Owen, yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha akan dapat menjadi pengganti yang boleh diharapkan seandainya Rooney tidak dapat beraksi disebabkan kecederaan ataupun tidak berada dalam prestasi terbaiknya. � AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan