Rabu, 5 Ogos 2009

Fergie buat 'serangan' awal ke atas Liverpool



LONDON: Sekian lama menyepi, perang psikologi membabitkan dua gergasi bola sepak - Manchester United dan Liverpool kembali bergelora.

Semalam, pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson tampil bersuara seperti mahu mengundang perbalahan semula dengan Rafael Benitez apabila berkata peluang lawan dari Anfield itu memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tipis, sebaliknya mentakrif Chelsea sebagai ancaman terbesar mereka mempertahankan gelaran semusim lagi.

Pengurus berasal dari Scotland itu tidak beranggapan pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid akan menggugat Liverpool dengan berkata barisan didik Benítez lebih banyak bergantung kepada gandingan Steven Gerrard dan Fernando Torres. Tetapi dia melihat hanya sedikit peluang untuk skuad di Anfield memperbaiki persembahan tempat kedua musim lalu.

"Liverpool mungkin mempunyai musim terbaik mereka untuk 20 tahun, musim lalu, menamatkan saingan dengan 86 mata dan masih tertinggal empat mata di belakang," katanya. "Adalah sukar buat mereka untuk mengulanginya, apatah lagi memperbaikinya. Pasukan lain akan dapat membaca Liverpool dengan lebih baik."

Dia lebih bimbang dengan Chelsea, yang mempunyai pengurus baru Carlo Ancelotti, pemenang dua kejuaraan Piala Eropah dan mahkota Serie A bersama Milan.

"Chelsea adalah ancaman utama," katanya. "Ancelotti akan mengubah cara Chelsea bermain. Ada banyak fleksibiliti dalam apa yang dimiliki dan dia akan mendapat gol melalui Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

"Mereka akan bermain cara Milan," kata Ferguson yang terus akur United akan terasa kehilangan Cristiano Ronaldo yang menyertai Madrid.

Isnin, 3 Ogos 2009

Lagu Manchester United


Glory - Glory Mans United

Man U Song (New Version)

United Rules

There's Only One United

Jersi M.U Musim 2007-2009

Lagenda M.U ( Part 3 )


Paul Parker

Mark Hughes

Karel Poborsky

Brian Mcclair

Ahad, 2 Ogos 2009

United nafi curi Pogba


MANCHESTER - Penyandang juara Liga Perdana England, Manchester United menafikan mereka telah mencuri pemain berusia 16 tahun, Paul Pogba dari kelab Perancis, Le Havre.

United telah dituduh menawarkan nilai tinggi kepada ibu bapa pemain remaja itu, yang menjadi ketua pasukan kebangsaan bawah 16, bagi mendorongnya untuk membatalkan kontrak yang dimilikinya sehingga hujung musim ini.

"Perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali yang dilakukan oleh pasukan berstatus tinggi," menurut satu kenyataan keras Le Havre.

Bagaimanapun jurucakap United berkata kepada BBC Sport, ia adalah tidak benar, semuanya telah dilakukan di bawah garis panduan UEFA.

"Pemain itu dan ibu bapanya enggan untuk meneruskan perbincangan dengan Le Havre kerana Manchester United menawarkan jumlah wang yang sangat tinggi kepada ibu bapa pemain itu dengan tujuan meneruskan perpindahan anaknya itu," menurut kenyataan Le Havre lagi. - AFP

Carragher bimbang ancaman Owen


LIVERPOOL, England - Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher ( gambar ) semalam mengakui dia bimbang dengan ancaman serangan yang bakal dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya, Michael Owen apabila pemain tersebut bersama Manchester United.

Carragher yakin tindakan bos United, Sir Alex Ferguson menandatangani perjanjian dengan penyerang berusia 29 tahun itu kerana mempunyai rancangan tersendiri kerana Owen sebelum ini sering dibelenggu dengan masalah kecederaan ketika bersama Newcastle.

"Tindakan menandatangani perjanjian dengan Michael Owen satu cabang perniagaan yang bijak oleh United. Dia (Owen) telah memulakan aksi awal musim yang sangat baik.

"Sebelum ini saya berharap dia akan berpindah ke sebuah kelab besar kerana dia menerima kritikan yang banyak di Newcastle.

"Kenapa? Apakah yang membuatkannya melakukan kesilapan di sana? Bagi saya, Michael Owen masih seorang penyerang yang hebat dan pemain contoh sempurna," kata Carragher kepada Sunday Mirror. - AFP

Owen sasar Piala Dunia


LONDON - Michael Owen percaya, perpindahannya ke Manchester United dapat membantunya untuk kembali mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia England bimbingan Fabio Capello.

Penyerang berusia 29 tahun itu yakin, dia masih boleh kembali menjadi penyerang terbaik, biarpun kerap dibelenggu kecederaan ketika beraksi buat Newcastle United, yang kini tersingkir ke divisyen bawah.

"Fikiran saya selalu memikirkan mengenainya (berada dalam skuad kebangsaan) sejak berusia tiga tahun lagi, dan tiada apa yang dapat merubah.

"Memenangi Piala Dunia merupakan destinasi terakhir, ia masih menjadi impian saya,'' kata Owen kepada majalah FourFourTwo.

Owen juga membidas para pengkritik yang menganggap zaman kegemilangannya sudah berakhir dan dia pasti akan bergelut di Old Trafford. Malah, mereka juga menjangkakan dia akan menerima tekanan tambahan di United ekoran pemergian Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

Boss Blackburn, Sam Allardyce dan pemilik Wigan, David Whelan masing-masing sebelum ini enggan mengambil bekas pemain antarabangsa England itu.

"Jika itu cara mereka menilai saya, maka tidak mengapalah kerana yang penting pada saya, Sir Alex Ferguson tidak berfikiran sama seperti mereka.

"Saya hanya mahu duduk diam di sini, lihat sekeliling di mana saya sekarang. Dan, jika orang lain tetap mahu melihat seperti mana yang mereka mahu, saya rasa, mereka akan malu sendiri suatu hari nanti.

"Saya hanya perlu membuktikan kemampuan saya kepada orang yang mempercayai saya. Saya mahu buktikan kepada Sir Alex, bahawa beliau membuat keputusan tepat dengan mempercayai saya,'' kata Owen lagi.

Owen juga tidak bimbang dengan cabaran yang terpaksa disahut, iaitu perlu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tevez dan Ronaldo.

"Pasukan ini kehilangan dua pemain - Tevez, yang banyak menjaringkan gol dan Ronaldo, yang banyak menyumbang kepada pasukan sejak dua musim lalu.

"Ia merupakan kehilangan yang besar yang perlu diisi, saya harap saya dapat membantu pasukan ini untuk mencari gol. Saya tidak boleh melakukannya sendirian, tetapi saya akan dibantu.

"Apabila anda menyertai United, anda akan teruja dalam banyak benda. Salah satu daripadanya, saya harap... dapat menjaringkan banyak gol kerana saya memperoleh lebih banyak peluang di sini, berbanding dengan pasukan lain,'' ujar Owen lagi. - AFP

AIG


Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar didalam dunia selepas Juventus didalam liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar di dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.
AIG merupakan singkatan bagi American International Group Inc yang merupakan syarikat antarabangsa dalam bidang insurans yang bertempat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat ini ini didirikan tahun 1919. Syarikat ini mempunyai 97,000 pekerja. AIG merupakan syarikat terbesar keempat dalam Forbes Global 2000.

Owen mampu cipta sejarah

LONDON - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs meramalkan rakan sepa- sukannya, Michael Owen mampu mencatat sejarah selaku penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak England.

Owen ketika ini ketinggalan sembilan gol di belakang legenda Manchester United, Bobby Charlton, namun dia mula diketepikan oleh jurulatih skuad England, Fabio Capello sejak 17 bulan lalu.



Begitupun, Giggs yakin perpindahan Owen ke Old Trafford akan mencerahkan semula peluangnya untuk bersama skuad England, sekali gus membuka ruang kepadanya mengatasi rekod yang dicipta Charlton sejak sekian lama.

"Beraksi di sini (United) telah memberinya satu peluang baru dalam hidup terutama apabila pasukan ini banyak mencipta peluang jaringan. Dia akan bertambah yakin untuk meledakkan gol.

"Saya jamin jika dia dapat menjaringkan gol buat United, maka semuanya akan berjalan dengan baik buat dirinya. Rekod Bobby telah membuktikan yang ia bukan mudah untuk diatasi oleh seseorang pemain.

"Begitupun, melihat kepada nisbah jaringan dan perlawanan Michael buat England, jika dia bermain dalam 15 lagi perlawanan, dia mungkin boleh mengatasinya."

Owen, 29, telah mengumpul 40 gol dalam 89 penampilan antarabangsa, namun kali terakhir dia menjaringkan gol pada peringkat antarabangsa ialah pada 12 September 2007 ketika membantu England menewaskan Rusia, 3-0.

Untuk rekod, dia kini berada di belakang Jimmy Greaves yang mengumpul sejumlah 44 gol, Gary Lineker (48) dan Charlton (49).

United beri 'nafas' baru pada Owen


MANCHESTER: Di sebalik kebanjiran nama besar ke kelab jiran tetangga, Manchester City, pembelian Michael Owen oleh Manchester United dilihat sebagai perpindahan paling mengejutkan musim ini.

Pada usia 29 dan dengan empat musim mengecewakan sebelumnya, masa depan tampak gelap apabila Owen menjadi pemain bebas Jun lalu selepas kejatuhan Newcastle ke Liga Kejuaraan.

Bekas bintang Liverpool itu diketepikan kerana mudah dilanda kecederaan dan turut kehilangan kepantasan serta naluri jaringan yang pernah mengangkat namanya ke kemuncak kariernya.

Dengan tidak membabitkan sebarang yuran perpindahan, Sir Alex Ferguson berasa langkah mengambil Owen yang kini bebas daripada risiko adalah tindakan bijak dan memberikan bekas bintang di Anfield itu jersi bernombor tujuh.

"Kecederaannya sentiasa menjadi tajuk utama dan itu mungkin sebabnya semua orang di Eropah tidak mahu mendapatkan khidmatnya," kata Ferguson. "Kami tidak fikir kami mengambil risiko, memandangkan rekodnya sebagai penjaring gol."

Tetapi keputusan Ferguson untuk tidak menyamai tawaran Real Madrid sebanyak 35 juta pound (RM206.5 juta) untuk penyerang Lyon, Karim Benzema bermakna pengurus United itu memerlukan seorang lagi penyerang selepas pemergian Carlos Tevez. - AFP