Sabtu, 8 Ogos 2009

'Tiada Ronaldo, tiada Tevez, tiada masalah'


LONDON: Rio Ferdinand memberi peringatan kepada Chelsea bahawa Manchester United akan menggunakan pertemuan Perisai Komuniti malam ini untuk membuktikan mereka boleh menyesuaikan situasi tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

Ketika pengurus United, Sir Alex Ferguson atau pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti mementingkan keputusan dalam perlawanan tradisi pembuka tirai musim baru Inggeris itu, wajar mengatakan fokus lebih tertumpu untuk melihat sama ada juara liga itu sebuah pasukan perkasa atau sebaliknya selepas ketiadaan Ronaldo dan Tevez.

Yuran rekod dunia 80 juta pound (RM464j) untuk Ronaldo meredakan sedikit tamparan terhadap pemergiannya tetapi keputusan Tevez berhijrah ke Manchester City masih tetap dirasai di Old Trafford.

Jaringan Ronaldo menerusi gerakan sayap berkesan membantu skuad Ferguson menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara Eropah manakala kemampuan Tevez menyambar peluang untuk gol penting sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian sering kali menyebelahi United.

Begitupun, bintang England Ferdinand pernah melihat kehilangan watak penting seperti David Beckham dan Roy Keane tidak banyak memberi kesan buruk dan dia menjangkakan senario yang sama kali ini.

"Kebanyakan pemain sudah beraksi sejak bertahun-tahun dan melihat ramai pemain datang dan pergi," kata Ferdinand.

"Kelab ini tetap melangkah ke depan walaupun ada individu yang datang dan pergi, dan hal yang sama berlaku ketika ini.

"Pasukan ini lebih penting berbanding seorang pemain. Itulah hakikatnya." - AFP

Jumaat, 7 Ogos 2009

Aksi United tanpa Ronaldo, Tevez

Sports - October 25, 2007
LONDON - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson akan merasai pengalaman sebenar pertama tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez pada pertemuan Piala Perisai Komuniti menentang Chelsea, esok.

Selepas menghabiskan bulan lalu dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan pra musim di seluruh dunia yang dilihat lebih kepada sesi latihan, Ferguson kini seharusnya bersedia untuk perkara lebih serius di Wembley.

Ketika mana Ferguson atau pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti akan membuat penilaian yang lebih banyak mengenai keputusan terdahulu, satu yang selamat untuk diperkatakan tentang pengurus Scotland itu adalah mengenai perancangan perjanjian pembelian pemain baru yang mampu menampung kehilangan dua pemain ternama United tersebut.

Ronaldo dan Tevez dilihat telah memberi kesan yang sangat besar kepada kelab terkemuka England itu sejak dua musim lalu.

Jaringan sebanyak 67 gol oleh Ronaldo dalam tempoh tersebut telah memainkan peranan besar kepada kejayaan United merangkul Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.

Manakala keupayaan tidak ternilai yang dimiliki oleh Tevez untuk menghasilkan jaringan penting selepas dimasukkan sebagai pemain gantian menambahkan lagi kehebatan United.

Rekod perpindahan dunia yang dilakukan oleh Ronaldo ke Real Madrid seakan kurang memberi kesan kepada United, tetapi perpindahan Tevez ke Manchester City bakal meninggalkan sedikit kesan di Old Trafford.

Kini, Ferguson boleh menguji pengganti kepada dua pemain tersebut dalam satu kejohanan lebih kompetitif, sebelum kempen persaingan domestik bermula 15 Ogos ini.

Keputusan pengurus United itu menyelamatkan Michael Owen daripada kemusnahan kerjaya telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya.

Bekas penyerang Liverpool itu mengalami kemerosotan prestasi dan kecergasan ketika mewakili Newcastle.

Ia satu perkara yang sukar dibayangkan untuk Owen kembali mencapai hari gemilang seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Penampilan Owen dilihat tidak menjadi ketika United menentang Valencia pada pertengahan minggu lalu.

Namun begitu, Ferguson masih yakin bahawa dia akan menambah dimensi berbeza kepada penyerang barunya itu.

Pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia yang menjadi sasaran Ferguson sejak beberapa tahun lalu harus memperbaiki rekod pencapaian jaringan jika ingin mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh Ronaldo.

Secara jujurnya, Ferguson pasti tahu apakah yang terbaik untuk membeli pemain gantian bagi menggantikan bakat unik seperti Ronaldo dan Tevez.

Selain itu, dia masih mampu untuk menggabungkan taktik dimiliki untuk menghasilkan yang terbaik daripada Wayne Rooney, Dimitar Berbatov, Anderson dan Nani. - AFP

Owen mampu gegar


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson meramalkan penyerang barunya, Michael Owen mampu meledak banyak gol musim ini.

Owen yang diambil secara percuma dari Newcastle United terlepas empat peluang keemasan ketika aksi persaha- batan bertemu Valencia Rabu lalu.

Dalam enam aksi pramusim di Asia sebelum itu, penyerang veteran England itu telah menjaringkan empat gol.

Rekod penyerang berusia 29 tahun itu yang sering mengalami kecederaan selama empat musim di Newcastle sebe- lum ini membuatkan ramai beranggapan dia sudah melepasi zaman kemuncaknya.

Namun, bagi Ferguson, beliau tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki Owen.

"Owen mungkin telah melepasi fasa kemuncak dalam kariernya yang mana dia tidak mampu menyerlah pada setiap perlawanan. Tetapi dia tetap akan menjaringkan banyak gol untuk United.

"Saya sememangnya mengikuti rekod perkembangannya sepanjang dia beraksi untuk England, Liverpool dan Newcastle sebelum ini," kata Ferguson.

Ferguson turut yakin Owen dapat mengambil inspirasi daripada apa yang dilakukan Paul Scholes musim lalu apabila dia kembali daripada kecederaan dan beraksi pada final Liga Juara-Juara tatkala usianya sudah mencecah 34 tahun.

"Owen mungkin menjadi pemain paling kontroversi yang kami bawa masuk musim ini tetapi saya percaya dia akan terus mengejutkan semua pihak," jelasnya.

Ketika Ferguson menggandingkan Owen dengan Wayne Rooney sewaktu United bertemu Valencia, jurulatih kebangsaan England, Fabio Capello turut dilihat hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Sementara itu, Ferguson mengakui, beliau masih belum menentukan sama ada mahu meletakkan Ben Foster atau Tomasz Kuszczak sebagai pengganti Edwin van der Sar yang terpaksa diketepikan selama dua bulan akibat patah jari.

"Kedua-dua mereka memiliki kualiti tersendiri. Kuszczak menyelamatkan dua percubaan bahaya Valencia seperti yang dilakukannya ketika bertemu Boca Juniors minggu lepas tetapi kita akan lihat nanti," kata Ferguson.

United akan bertemu Chelsea di Wembley malam esok untuk perlawa- nan pembuka tirai Perisai Komuniti bagi musim 2009/10. - Agensi

Vidic bikin Ferguson tambah pening kepala


VIDIC terpaksa berehat dua minggu ekoran kecederan betis.

MANCHESTER - Selepas Edwin van der Sar, kini giliran Nemanja Vidic pula terpaksa diketepikan.Situasi itu pastinya mengundang resah buat pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjelang pertemuan menentang Chelsea pada perlawanan Perisai Komuniti di Wembley malam esok.


Vidic terpaksa diketepikan selama dua minggu akibat kecede- raan betis, sekali gus menyaksi- kan dia tidak dapat diturunkan malam esok.

Tonggak pertahanan dari Serbia itu juga tidak akan beraksi pada aksi pertama Liga Perdana England bertemu Birmingham City minggu depan.

Selain van der Sar dan Vidic, United turut tidak dapat menggunakan khidmat Wes Brown dan Gary Neville untuk menghadapi Chelsea.

Namun, Ferguson menjangkakan Brown sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen United dalam mempertahankan gelaran juara liga.

"Kedua-duanya, Brown dan Vidic mengalami kecederaan jangka panjang. Namun, saya jangka Brown akan kembali cergas menjelang aksi bertemu Birmingham, Ahad depan.

"Bagi Vidic pula, dia mengalami kekejangan di betisnya dan ia sudah dua minggu berlalu.

"Neville sudah menjalani latihan ringan dan semakin pulih. Tetapi saya tidak rasa dia boleh diturun- kan pada perlawanan pertama ini," jelas Ferguson. - Agensi

Benteng M.U Tempang



MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic dan Wes Brown mungkin tidak dapat beraksi pada saingan Perisai Komuniti menentang Chelsea di Wembley, Ahad ini.

Vidic dari Serbia dan pertahanan kanan England, Brown tidak beraksi ketika menang 2-0 ke atas Valencia dalam satu perlawanan persahabatan di Old Trafford kelmarin dan mereka dijangka tidak sempat sembuh sebelum hujung minggu ini.

John O’Shea akan menggantikan tempat Brown yang kecederaan paha manakala Jonny Evans akan menggantikan Vidic yang dilaporkan cedera pergelangan kaki.

Pengurus United mengharapkan kedua-duanya akan kembali cergas untuk membantu pasukannya menentang Birmingham pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, 16 Ogos ini.

Selain dibebani masalah pertahanan, Ferguson juga perlu mengakui bahawa gerakan penyudah Michael Owen masih lagi mengecewakan ketika menentang Valencia apabila dia terlepas empat peluang untuk menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford.

“Memang baik sekiranya Michael dapat menjaringkan gol,” kata Ferguson. “Dia mungkin menjaringkan empat gol. Ada kalanya pergerakannya bagus tetapi apabila menerima hantaran Wayne Rooney, cubaannya pula melewati palang gol.”

Ketika aksi longlai Owen itu turut disaksikan jurulatih England, Fabio Capello, Ferguson pula gembira dengan prestasi pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia yang merencana kedua-dua gol United itu.

“Ia satu persembahan yang menarik,” kata Ferguson. “Ia memang usaha baik oleh seorang pemain sayap. Dia melakukan larian pantas, bertenaga dan seimbang.

“Sejak hadir ke kelab kami, dia berjaya memberikan impak yang baik dan kami gembira dengan persembahannya.” - AFP

Rabu, 5 Ogos 2009

Van der Sar kena rehat


LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan memulakan musim baru tanpa khidmat penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar yang terpaksa berehat selama lapan minggu akibat patah jari.

Berdasarkan laman web rasmi kelab (www.manutd.com), Van der Sar menjalani pembedahan tangan kirinya yang cedera selepas menyelamatkan sepakan penalti Danijel Pranjic ketika kekalahan United di tangan Bayern Munich baru-baru ini.

“Dia tidak akan dapat beraksi hingga lapan minggu,” kata kelab itu. “Ujian menunjukkan dia tidak akan dapat mencapai tahap kecergasan hingga hujung September.”

Van der Sar menjadi tonggak kejayaan United ketika menjulang gelaran ke-18 musim lalu dan mencatat rekod bersih tanpa melepaskan sebarang gol sepanjang 14 perlawanan berturut-turut. - Reuters

Fergie buat 'serangan' awal ke atas Liverpool



LONDON: Sekian lama menyepi, perang psikologi membabitkan dua gergasi bola sepak - Manchester United dan Liverpool kembali bergelora.

Semalam, pengurus The Red Devils, Sir Alex Ferguson tampil bersuara seperti mahu mengundang perbalahan semula dengan Rafael Benitez apabila berkata peluang lawan dari Anfield itu memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tipis, sebaliknya mentakrif Chelsea sebagai ancaman terbesar mereka mempertahankan gelaran semusim lagi.

Pengurus berasal dari Scotland itu tidak beranggapan pemergian Xabi Alonso ke Real Madrid akan menggugat Liverpool dengan berkata barisan didik Benítez lebih banyak bergantung kepada gandingan Steven Gerrard dan Fernando Torres. Tetapi dia melihat hanya sedikit peluang untuk skuad di Anfield memperbaiki persembahan tempat kedua musim lalu.

"Liverpool mungkin mempunyai musim terbaik mereka untuk 20 tahun, musim lalu, menamatkan saingan dengan 86 mata dan masih tertinggal empat mata di belakang," katanya. "Adalah sukar buat mereka untuk mengulanginya, apatah lagi memperbaikinya. Pasukan lain akan dapat membaca Liverpool dengan lebih baik."

Dia lebih bimbang dengan Chelsea, yang mempunyai pengurus baru Carlo Ancelotti, pemenang dua kejuaraan Piala Eropah dan mahkota Serie A bersama Milan.

"Chelsea adalah ancaman utama," katanya. "Ancelotti akan mengubah cara Chelsea bermain. Ada banyak fleksibiliti dalam apa yang dimiliki dan dia akan mendapat gol melalui Didier Drogba dan Nicolas Anelka.

"Mereka akan bermain cara Milan," kata Ferguson yang terus akur United akan terasa kehilangan Cristiano Ronaldo yang menyertai Madrid.

Isnin, 3 Ogos 2009

Lagu Manchester United


Glory - Glory Mans United

Man U Song (New Version)

United Rules

There's Only One United

Jersi M.U Musim 2007-2009